Aku seorang isteri.

 21:30 pm

Assalamualaikum. MasyaAllah TabarakAllah

Penulisanku yang terakhir adalah pada tahun 2019. Dan hari ini aku kembali pada tahun 2024. Aku kini sudah bergelar seorang isteri dan juga ibu kepada dua orang anak. Alhamdulillah 

Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup. Biasalah nama juga hidup. 

Kenapa sudah lama tidak menulis? Kerana aku dilamun cinta! Semua kisah aku ceritakan pada dia yang aku cinta. Jadi tiada apa nak dituliskan lagi disini. 

Tapi kenapa aku kembali? Apakah kerana tiada cinta? Sungguh sekali tidak. Aku mencintai suamiku. Aku kembali kerana terlalu penat mengurus perihal rumah dan anak anakku. Bukan kerana tiada tempat untukku bercerita tapi aku tidak mahu menambah beban dan kepenatan suamiku. Dia terlalu penat menyara kami, sehingga tidak sempat bertemu sang mentari. Ekonomi kewangan kami sangat tidak membaik saat ini, jadi tidak akan aku membebaninya, cukuplah sudah banyak perkara yang perlu dia hadapi. Aku pula hanya mampu berdoa. Aku mahu dia pulang dan melihat senyuman isterinya sahaja moga dapat menghilangkan keletihannya mencari wang diluar sana.

 Anak dah bangun! Mungkin aku akan kerap menjengah selepas ini. Aku pergi dulu. 

Assalamualaikum. 



Dua puluh enam november dua puluh empat

Comments

Popular posts from this blog

H

Monolog.

PICISAN SEPI.