Posts

Showing posts from 2024

Aku seorang isteri.

 21:30 pm Assalamualaikum. MasyaAllah TabarakAllah Penulisanku yang terakhir adalah pada tahun 2019. Dan hari ini aku kembali pada tahun 2024. Aku kini sudah bergelar seorang isteri dan juga ibu kepada dua orang anak. Alhamdulillah  Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup. Biasalah nama juga hidup.  Kenapa sudah lama tidak menulis? Kerana aku dilamun cinta! Semua kisah aku ceritakan pada dia yang aku cinta. Jadi tiada apa nak dituliskan lagi disini.  Tapi kenapa aku kembali? Apakah kerana tiada cinta? Sungguh sekali tidak. Aku mencintai suamiku. Aku kembali kerana terlalu penat mengurus perihal rumah dan anak anakku. Bukan kerana tiada tempat untukku bercerita tapi aku tidak mahu menambah beban dan kepenatan suamiku. Dia terlalu penat menyara kami, sehingga tidak sempat bertemu sang mentari. Ekonomi kewangan kami sangat tidak membaik saat ini, jadi tidak akan aku membebaninya, cukuplah sudah banyak perkara yang perlu dia hadapi. Aku pula hanya mampu berdoa. A...