Posts

Showing posts from 2018

Gadis yang dilamar syurga

" Gadis yang dilamar syurga " aku baca bait bait ayat yang tertulis dibuku henshin muslimah 2. Katanya ; Gadis yang dilamar syurga itu adalah gadis yang meletakkan Allah SWT pemilik nombor 1 dihatinya. Gadis yang dilamar syurga itu ialah gadis yang taatkan Rasul dengan mengikuti sunnah sunnahnya. Gadis yang dilamar syurga itu gadis ialah gadis yang menjadikan Islam pegangan kukuh dihatinya . Bait bait ayat itu membawa aku ke satu perasaan yang lain. Dan tentunya aku bukan dari gadis gadis itu, malah jauh sekali . rasa insaf memenuhi ruang hati . Ya , i have to make a move tapi bermula dari mana ? Paling aku takutkan ialah jika hijrah ini hanya separuh jalan . Lebih aku takutkan jika hijrah ini hanya ingin mengubah persepsi orang sekeliling tentang aku , agar manusia tahu aku wanita solehah! Nauzubillah min zalik. Ya Allah jadikan aku manusia yang bencikan kemaksiatan . Untuk awak yang saya sayang, bantu diri ini ntuk menggapai cintaNya. Jangan dibelai manja ...

Monolog.

Lama tak jenguk blog ni. Dah 2018 dah kan. Cepat betul masa berlalu. Alhamdulillah. Masih diberi peluang ada diatas muka bumi ini walau banyaknya dosa. Sungguh Kasih Allah itu luas. Masih memberi peluang kepada hambanya untuk berubah walaupun dosa sang hamba sebanyak pepasir dipantai. Sedar akan hakikat itu, tapi sayang ia hanya sekadar kesedaran sepintas lalu. . . . . . . Dimana letaknya Allah dalam hidup?  Hanya ingat didalam solat? Lalu lupa? Ada menempatkan Rasulullah dalam harian? Ada? Solat? Diutamakan? Al quran? Hanya menjadi simpanan? Muhasabah diri?? Buat? Atau selalu merasa diri sudah cukup sempurna? Tiada salah? Tiada dosa? . . . . . . Allah itu maha penyayang. Allah itu maha pengasih. Allah itu pencipta sekelian alam, pentadbir seluruh alam. Kenapa sentiasa lupa akan hakikat engkau hanya hamba. Yang hina lagi lemah. . . . . . . Dia merindukan suara tangis kerana rindukanNya. Catatan empat belas kosong dua dua ribu lapan bel...