Monolog.
Lama tak jenguk blog ni. Dah 2018 dah kan. Cepat betul masa berlalu. Alhamdulillah. Masih diberi peluang ada diatas muka bumi ini walau banyaknya dosa. Sungguh Kasih Allah itu luas. Masih memberi peluang kepada hambanya untuk berubah walaupun dosa sang hamba sebanyak pepasir dipantai. Sedar akan hakikat itu, tapi sayang ia hanya sekadar kesedaran sepintas lalu. . . . . . . Dimana letaknya Allah dalam hidup? Hanya ingat didalam solat? Lalu lupa? Ada menempatkan Rasulullah dalam harian? Ada? Solat? Diutamakan? Al quran? Hanya menjadi simpanan? Muhasabah diri?? Buat? Atau selalu merasa diri sudah cukup sempurna? Tiada salah? Tiada dosa? . . . . . . Allah itu maha penyayang. Allah itu maha pengasih. Allah itu pencipta sekelian alam, pentadbir seluruh alam. Kenapa sentiasa lupa akan hakikat engkau hanya hamba. Yang hina lagi lemah. . . . . . . Dia merindukan suara tangis kerana rindukanNya. Catatan empat belas kosong dua dua ribu lapan bel...