Posts

Aku seorang isteri.

 21:30 pm Assalamualaikum. MasyaAllah TabarakAllah Penulisanku yang terakhir adalah pada tahun 2019. Dan hari ini aku kembali pada tahun 2024. Aku kini sudah bergelar seorang isteri dan juga ibu kepada dua orang anak. Alhamdulillah  Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup. Biasalah nama juga hidup.  Kenapa sudah lama tidak menulis? Kerana aku dilamun cinta! Semua kisah aku ceritakan pada dia yang aku cinta. Jadi tiada apa nak dituliskan lagi disini.  Tapi kenapa aku kembali? Apakah kerana tiada cinta? Sungguh sekali tidak. Aku mencintai suamiku. Aku kembali kerana terlalu penat mengurus perihal rumah dan anak anakku. Bukan kerana tiada tempat untukku bercerita tapi aku tidak mahu menambah beban dan kepenatan suamiku. Dia terlalu penat menyara kami, sehingga tidak sempat bertemu sang mentari. Ekonomi kewangan kami sangat tidak membaik saat ini, jadi tidak akan aku membebaninya, cukuplah sudah banyak perkara yang perlu dia hadapi. Aku pula hanya mampu berdoa. A...

H

Allah, perasaan apa ini sehingga seluruh kasih sayang dan cinta aku buat lelaki itu tidak putus putus malah tidak berkurang. Berdosakah aku kalau merasa takut akan kehilangan dia ya Allah. Wahai buah hati ku,  Tidak pernah aku merasa sebegini sayang pada seorang lelaki. Maaf kerana wanita yang engkau bertemu ini tidak sempurna rohani dan fizikalnya, wanita ini hanya ada cinta yang ikhlas buat awak. -buah hati-

Gadis yang dilamar syurga

" Gadis yang dilamar syurga " aku baca bait bait ayat yang tertulis dibuku henshin muslimah 2. Katanya ; Gadis yang dilamar syurga itu adalah gadis yang meletakkan Allah SWT pemilik nombor 1 dihatinya. Gadis yang dilamar syurga itu ialah gadis yang taatkan Rasul dengan mengikuti sunnah sunnahnya. Gadis yang dilamar syurga itu gadis ialah gadis yang menjadikan Islam pegangan kukuh dihatinya . Bait bait ayat itu membawa aku ke satu perasaan yang lain. Dan tentunya aku bukan dari gadis gadis itu, malah jauh sekali . rasa insaf memenuhi ruang hati . Ya , i have to make a move tapi bermula dari mana ? Paling aku takutkan ialah jika hijrah ini hanya separuh jalan . Lebih aku takutkan jika hijrah ini hanya ingin mengubah persepsi orang sekeliling tentang aku , agar manusia tahu aku wanita solehah! Nauzubillah min zalik. Ya Allah jadikan aku manusia yang bencikan kemaksiatan . Untuk awak yang saya sayang, bantu diri ini ntuk menggapai cintaNya. Jangan dibelai manja ...

Monolog.

Lama tak jenguk blog ni. Dah 2018 dah kan. Cepat betul masa berlalu. Alhamdulillah. Masih diberi peluang ada diatas muka bumi ini walau banyaknya dosa. Sungguh Kasih Allah itu luas. Masih memberi peluang kepada hambanya untuk berubah walaupun dosa sang hamba sebanyak pepasir dipantai. Sedar akan hakikat itu, tapi sayang ia hanya sekadar kesedaran sepintas lalu. . . . . . . Dimana letaknya Allah dalam hidup?  Hanya ingat didalam solat? Lalu lupa? Ada menempatkan Rasulullah dalam harian? Ada? Solat? Diutamakan? Al quran? Hanya menjadi simpanan? Muhasabah diri?? Buat? Atau selalu merasa diri sudah cukup sempurna? Tiada salah? Tiada dosa? . . . . . . Allah itu maha penyayang. Allah itu maha pengasih. Allah itu pencipta sekelian alam, pentadbir seluruh alam. Kenapa sentiasa lupa akan hakikat engkau hanya hamba. Yang hina lagi lemah. . . . . . . Dia merindukan suara tangis kerana rindukanNya. Catatan empat belas kosong dua dua ribu lapan bel...

Lunyai

Friendship yang kita bina samasama dah berusia dua belas tahun weh.  Tapi tibatiba pup! GELAP!  Dua belas tahun, kalau boleh kita nak buat semua benda sesama. dua belas tahun takda benda yang kita sembunyikan. dua belas kali of course masing masing berlawan wish birthday! dua belas tahun kita susah senang jatuh bangun samasama. Aku tak main main dengan friendship ni since kita dah janji "Bestfriendforever". Kalau la kepala otak aku ni boleh terima dan chill dengan "nak kawan, kawan. takmau, takyah" kan mudah. Tapi kepala otak aku ni takleh terima sistem tu sebab dah banyak sangat yang kita bina, kita rapat sangat weh. Sebab itu aku cuba nak selamatkan dan aku cuba untuk pulihkan. Tapi aku gagal. Aku minta maaf. dua belas tahun musnah macam tu tanpa apa apa perbincangan dan atas asbab yang tidak jelas. Mati kutu aku menangis macam mana nak betulkan keadaan. coz for me kalau betul nak kita kena usaha untuk impress atau buat something yang boleh menyelamat...

2016 akhirnya tamat!

Alhamdulillah. 2016. Tahun yang agak menyesakkan jiwa dan hati. Yes, bukan kehidupan kalau tidak berhadapan dengan krisis - krisis berkaitan hati dan jiwa.  Masalah hati berhadapan pencipta serta masalah hati sesama manusia. Jiwa tak tenang kerana tiada penyerahan hati buatNya. Yas! That it. Masalah yang dialami oleh insan - insan yang tiada kuatnya pada istiqamah. 2016. Tahun yang banyak juga indahnya. Kelahiran Aira dan Anaqi salah satunya.  Dan, Banyak juga konfliknya. Tapi, Dipengakhiran 2016. Ada seseorang hadir. Tapi yang tu kemudian kita sembang. "2016, thankyou for the moments, the lessons, the hurt, the healing, the growth, the combined magic of all of you" 

NILAIAN SATU.

22:14pm. "Agama nilaiannya satu. Keturunan nilainya kosong. Harta nilainya kosong. Rupa paras nilainya juga kosong." Kosong. Ya. Aku dah pernah baca tulisan itu sebelum ni. Dan harini seseorang ingatkan aku ayat itu. Nilaian satu itu tidak diurus dengan sebaiknya.  Nilaian satu itu masih banyak cacat celanya. Akhlak? Tunggang langgang. Ikhtilat? Hancur. Yes. Cara hidup yang sepatutnya diperbaiki. Istiqamah?  Ini paling payah. Selalu tersungkur dan tergelincir pada tahap itu. Tapi, jangan putus asa. Selamat Malam. Ramadhan Kareem.