Posts

Showing posts from April, 2016

SEPAKAN SAHABAT.

Dua belas dua belas minit. Sahabat. Manusia yang kenal luar dalam kita selepas mak ayah. Yang sedia mendengar ceria tangisnya kita. Nasihatnya penguat semangat. Motivasinya melantunkan kekuatan. Sentuhannya mendidik kesabaran. Walaupun jauh kasihnya seringkali terlihat. Ada disetiap doa. Jika bertemu. Takkan dibazirkan walau sesaat. Berkumpul kita disyurga-Nya nanti. Allahumma aamiin.       Catatan dua puluh empat april enam belas 

BELAIAN SAYANG.

Sepuluh lima minit pagi. Mana dapat breakfast nasi kerabu kalau kat asrama. Minum pun air kosong ja tau. Waktu breakfast pun sama waktu dengan lunch. Kat belakang ni ada seekor abang tengah sedap tidur. Macam anak raja. Usap sikit. “au” Hmm ingatkan tidur mati. Usap lagi. Senyap. Posisi tidur abang berubah. Ok biarkan. Mak dah balik. Awal dari biasa. Fuhh Nasib dapur dah kemas. Semalam sampai rumah sepuluh lima puluh empat minit. Sempat lagi jamah burger daging biasa dengan mak ayah. Lepastu tidur dengan mak ayah. Heaven gila. Ya. Sangat indah adanya mereka. Sangat indah. Walau tak sekaya ibu bapa lain. Tapi itulah dua orang yang berjaya besarkan lima orang zuriat. Mereke dua orang insan. Yang keretanya bukan axia, honda city ataupun bmw. Tapi kancil produa berwarna putih. Sangat sederhana dua insan itu. Tapi penuh dengan kasih dan sayang. Walapun jarang mengungkap kasih tapi caranya dah cukup meny...

PICISAN SEPI.

Dua tiga puluh dua pagi. Didalam bilik yang sama bersudutkan kekosongan berpenjurukan sepi. Bersama rindu yang entah bilakan berakhir. “Usah dipadam perasaan fitrah itu tetapi bijaklah dalam mengawal rasa suka”  Cuma terkadang diri perlu tahu, fokus kehidupannya di mana. Tidak perlu untuk mengulas panjang mengenai rasa suka dan rindu kerana doa sudah cukup memainkan peranan. Awal pagi tadi, Bergerak satu group mencari sedikit sumber berkenaan sistem khairat kematian. Sampai di Masjid Al Hakim, Padang Malau. Mat Isa bin Ismail setiausaha khairat kematian masjid Al Hakim memberi layanan seperti perkenalan berdekad yang sebenarnya baru bersua. Alhamdulillah urusan kita dipermudahkan. En.Mat Isa lebih suka mengelarkan dirinya pakcik membawa 5 orang kami kerumah.  Teratur, cantik dan bersih. Mungkin, isterinya seorang pereka hiasan. Pakcik bercerita serba ringkas berkenaan sistem khairat kematian dan bagaimana pentadbiran sistem tersebut d...

CORETAN HATI.

Dua empat puluh empat pagi. Menulis pada helain helain kasar bertemankan secawan air kosong. Berikan ruang diri menyendiri untuk rasakan nikmat setiap helaan nafas. Tingkap dibiarkan terbuka membebaskan wap wap panas yang terkumpul. Cuaca panas di Malaysia semakin ketara terutamanya negeri kelahiranku. Perlis Indera Kayangan. Tapi, kebelakangan ini hujan semakin kerap menjengah. Alhamdulillah. Mereka mengucap syukur. Irama kipas penghibur suasana. Di setiap sudut bilik, segalanya kosong. Persis hati. mungkin, Kerana kurangnya cinta Ilahi. Nafas dihembus perlahan.  Menelan kenyataan yang menyakitkan. Allahu. Persekitaran mengajar erti kehidupan, mendidik untuk bangun ketika tersungkur, mengajar erti bertahan saat berputus asa serta cara bersabar dalam amarah dan erti senyum saat terluka. Tapi,  bukan senang untuk bangun ketika tersungkur, bukan senang untuk bertahan saat diri sudah berputus asa, dan sangat susah untuk bers...