PICISAN SEPI.

Dua tiga puluh dua pagi.

Didalam bilik yang sama bersudutkan kekosongan berpenjurukan sepi.
Bersama rindu yang entah bilakan berakhir.

“Usah dipadam perasaan fitrah itu tetapi bijaklah dalam mengawal rasa suka”
 Cuma terkadang diri perlu tahu, fokus kehidupannya di mana.

Tidak perlu untuk mengulas panjang mengenai rasa suka dan rindu kerana doa sudah cukup memainkan peranan.

Awal pagi tadi,
Bergerak satu group mencari sedikit sumber berkenaan sistem khairat kematian.
Sampai di Masjid Al Hakim, Padang Malau.
Mat Isa bin Ismail setiausaha khairat kematian masjid Al Hakim memberi layanan seperti perkenalan berdekad yang sebenarnya baru bersua.

Alhamdulillah urusan kita dipermudahkan.

En.Mat Isa lebih suka mengelarkan dirinya pakcik membawa 5 orang kami kerumah. 
Teratur, cantik dan bersih.
Mungkin, isterinya seorang pereka hiasan.

Pakcik bercerita serba ringkas berkenaan sistem khairat kematian dan bagaimana pentadbiran sistem tersebut dijalankan di Masjid Al Hakim.

Sistem khairat kematian bukan sahaja dijalankan di masjid masjid tetapi juga dijalankan dikampung kampung dan kawasan perumahan.
Dan,
Bayaran adalah berbeza mengikut tempat.
Dan, jangka kutipan pun berbeza.
Contohnya kan,
Di perumahan membuat kutipan 30 ringgit sebulan dan kutipan dimasjid 40 ringgit  untuk setahun.

Macam persatuan lain, mesyuarat dijalankan seperti biasa. Segala perlantikan dilakukan dalam mesyuarat.

Matlamat sistem khairat kematian, menggalakkan ahli berkerjasama dalam kebajikan. Manfaat kepada waris mampu meringankan beban. Terbuka kepada khairah yang beragama Islam berumur 16-60 tahun.

Sengaja aku sentuh sedikit pengisian berkenaan perjalanan sistem khairat kematian dalam blog. Ya, bersama penulisan ala ala buku teks budak sekolah.

Tidurlah wahai jari. 
Berhentilah menari. 
Nanti kita beraksi lagi walau hasilnya tiada yang membaca mahupun yang menjeling.

Laila Sae'dah.
Assalamualaikum

                                                                    catatan dua belas april enam belas


Comments

Popular posts from this blog

H

Monolog.