CORETAN HATI.
Dua empat puluh empat pagi.
Menulis pada helain helain kasar bertemankan secawan air kosong.
Berikan ruang diri menyendiri untuk rasakan nikmat setiap helaan nafas.
Tingkap dibiarkan terbuka membebaskan wap wap panas yang terkumpul.
Cuaca panas di Malaysia semakin ketara terutamanya negeri kelahiranku.
Perlis Indera Kayangan.
Perlis Indera Kayangan.
Tapi, kebelakangan ini hujan semakin kerap menjengah.
Alhamdulillah.
Mereka mengucap syukur.
Irama kipas penghibur suasana.
Di setiap sudut bilik, segalanya kosong.
Persis hati.
mungkin,
Kerana kurangnya cinta Ilahi.
Nafas dihembus perlahan.
Menelan kenyataan yang menyakitkan.
Allahu.
Persekitaran mengajar erti kehidupan, mendidik untuk bangun ketika tersungkur, mengajar erti bertahan saat berputus asa serta cara bersabar dalam amarah dan erti senyum saat terluka.
Tapi,
bukan senang untuk bangun ketika tersungkur, bukan senang untuk bertahan saat diri sudah berputus asa, dan sangat susah untuk bersabar ketika mana diri dikuasai amarah, lagi payah untuk senyum ketika terluka.
Cumanya kita perlu sedar bahwa apa yang ada ini cumalah seketika. Sesungguhnya, semua ini milik Dia.
Ya, Dia.
Wahai hati, lepaskan saja.
Wahai hati, yang berlalu biarkan berlalu. bangkit.
Ikhlaskan saja,
Kerena dari keikhlasan itu terselit bahagia yang ingin Tuhan hadirkan.
Untuk setiap rekahan rekahan hati,
Nanti Tuhan ganti,
Cuma waktu dan masa itu masih dalam teka teki. Sabarlah.
Lailah Sae'dah.
Assalamualaikum
catatan sepuluh april enam belas
catatan sepuluh april enam belas
Comments
Post a Comment